Saturday, October 17, 2009

Briged Siswa - Paloh Inai Version

  


Location: Paloh Inai (near to Sungai Pahang)

Members involved: me, Hajar, Thila, Amin and Fahmi (we're all from group 27)

Komen aku, "it's a good camping actually". Walaupun ada yang cakap, camping di Paloh Inai lebih senang berbanding di dua lokasi lain, tapi this camp is challenging more in mentality aspects and softskills likes leaderships and team work.

Camping lain pun sama je. Bagi aku la. Kita sama-sama penat.


Cerita Hajar

Waktu "Water Confidence" First Stage, awal-awal lagi Hajar dah hilang kasut. Mungkin sebab dia team pertama yang di hantar ke sungai, jadi banyak buaya-buaya dah ready kat dalam sungai. (Apa aku mengarut ni!) =p Nasib baik Thila bawa kasut spare, kalau tidak kaki ayam lah Hajar!

Aku satu khemah dengan Hajar, yang paling kelakar, sepanjang camping, aku dengan Thila lupa nama Hajar, aku asyik panggil dia Farah. Ni semua Thila yang mulakan agaknya. Dia tak ingat nama Hajar, aku pun sama. Dah jarang cakap dalam kelas. Jadi cepat lah lupa.

Yang tak boleh tahan tu, waktu nak cari tent-mates dalam satu khemah. Waktu tu, Hajar duduk kat bawah tangga, aku pergi ambil khemah kat beranda. Boleh pulak waktu tu, aku jerit, "Farah, Farah!". Aku mula-mula hairan kenapa si "Farah" tu tak jawab, esoknya baru tahu, nama dia bukan Farah. Yang lagi kelakar, walaupun aku dah tahu, Thila sampai before Water Confidence Second Stage, dia still lagi panggil Hajar, "Farah". Tak tau la sama ada dia dah tahu, atau dia terlupa balik. Sampai sekarang aku ingat cerita tu.




Cerita Thila

Aku kenal ramai budak India sebab Thila. Termasuklah seorang senior @ classmate kepada sorang roomate aku (pun senior jugak).

Thila antara orang-orang yang tak dapat nak buat Water Confidence Second Stage, dapat pakai life jacket je. Tapi, sempat lah jugak dia pergi belajar berenang dengan pemilik camping tu. Itu pun aku rasa kat kawasan yang dah nak dekat tebing.

Another story, waktu hari terakhir, pagi tu semua bangun awal. Terutama yang Muslim la, sebab nak sembahyang Subuh berjemaah. Tapi, Thila, dia bantai bangun pukul 8 pagi. Punya lah, kitorang dah ready-ready nak pergi jogging, dia baru bangun. Nasib baik, dia sempat jugak jogging, tapi tak mandi! Sama le dengan kitorang.

Penghulu kitorang, Indian. Tapi hensem. Ramai lah jugak budak melayu perempuan yang tumbang. Tapi bila tanya Thila, dia sorang je jawab lain dari yang lain. Bila aku tanya si penghulu tu hensem kan, dia jawab,"Kat sini Amin sorang je hensem. Yang lain semua tak hensem". "Habis tu, Hazman you nak letak mana?", aku tanya balik. "Hazman pun hensem jugak. Tapi dia pergi Sungai Jin, jadi tinggal Amin saja yang hensem kat sini". Memang dah jadi cinta tiga segi!



Cerita Amin

Amin punya perangai memang berbeza waktu camping dengan waktu di UMP. Sangat berbeza. Paling tak tahan, waktu amik gambar last day, punya la posing maut~

Amin rajin tolong orang. Itu yang aku perasan la. Waktu nak angkat barang-barang rakit. Dia yang banyak tolong. Si Thila suka kacau Amin. Nampak je kacau. Tapi waktu dia posing gambar bawah ni, memang aku ngan Hajar gelak sampai pecah perut!



Cerita Fahmi

Fahmi je yang aku tak tegur sangat. Senyap je. Rindu orang Sungai Jin kot~ (Gurau je~)

Tapi, nak tengok kekuatan Fahmi, memang nampak sangat-sangat waktu camping. Dia boleh angkat sorang-sorang je buluh yang besar. Sedangkan aku dengan Amin kena pegang berdua, dia bawa sorang je. Memang ala Badang!

Tapi senyap-senyap Fahmi, at least dia pun rajin tolong orang. Sama macam Amin.

Cerita Aku

Memang banyak. Waktu Water Confidence First Stage, kalau Hajar hilang kasut, aku pulang hilang stokin. Aku tak cerita kat Thila macam mana aku terhanyut stokin waktu main air kat tebing. Sebenarnya, aku dah cabut stokin awal-awal lepas rakit sampai tebing, lepas tu aku letak dalam life jacket. Tak terfikir pulak aku benda tu nak terhanyut.

FYI, aku memang tak mandi dari mula camping sampai habis camping! Memang kotor. Tapi aku nak mandi, air asyik takde. Aku fikir jugak perempuan-perempuan yang tengah 'datang bulan', mesti susah nak mandi.

Waktu Water Confidence First Stage, team aku kena berenang sebelum sampai tebing. Aku ingat bila terjun, kaki dah sampai tanah, rupanya TAK! Punya la cemas tahap kritikal. Nak berenang macam mana? Team Thila dengan Team Hajar, dah sampai tebing. Kitorang ni terkial-kial berenang. Boleh pulak, tengah-tengah berenang tak jejak tanah, tiba-tiba hujan turun! Kalau gerimis takpe, ni hujan lebat. Aku memang dah pasang niat taubat awal-awal, takut tak dapat selamatkan diri. Tapi Alhamdulillah sampai, berkat team work group aku menolak air dan rakit ke tebing~

Yang Second Stage aku join dengan orang lain, bukan dari group aku la. Kena berenang dengan buluh je. Kira kena peluk buluh kuat-kuat, team-team yang sebelum aku, semua ada at least seorang lelaki dalam satu kumpulan. Takut la karang tiba-tiba cemas, ada budak laki.

Masalahnya, bila time team aku, takde lelaki pun kat situ. Jadi semuanya perempuan. Bila hanyut dari tebing memang tak takut, bila dah kaki tak sampai tanah, mula panik. Tapi, nak tunjuk yang kita ada confident, buat-buatlah cool. Tiba tengah nak meng"cool"kan diri, ada pulak sorang Chinese ni, terjerit-jerit. Takut punya pasal. Kitorang jadi panik, takut dia tak boleh bernafas, aku apa lagi. Cepat-cepat lah jerit guna wisel kat life jacket. Kaki dia cramp kot, sebab tu dia jerit~


Penghujungnya~

Memang seronok! Aku dapat kenal ramai budak FIST, sebab majoriti camping trip di Paloh Inai datang dari FIST. Aku mula-mula tak seronok jugak, sedih sebab trip yang pergi ke Sungai Jin lagi ramai budak BCG. Tapi lama-lama aku ngan diorang seronok kat sana.

Jadi aku dah cerita Camping Briged Siswa, Paloh Inai version. Sekarang aku tengah tunggu orang Sungai Jin masuk cover. Erin, ko kan aku dah jemput jadi "Insiders", cepat lah buat story~

P/s: Cerita ni hanya untuk suka-suka, walaupun benar ia bukan dengan niat hendak menjatuhkan maruah atau mengaibkan sesiapa~

source: aku master!
pics: Thila


3 comments

October 18, 2009 at 9:53 PM

hahahak.. amin terbaeekkk..
jrg tgok dy sporting ceni..
nnt aku post cite sal sg jin la..
tguuuuuu...

October 19, 2009 at 10:47 PM

erin..
pat post yg ttg kte lak..
ane aci diorg je ade..
hahahaha

October 20, 2009 at 1:43 AM

da post da, dlm scdule ag..
diorg sket jew..
kite punye bersiri beb..
ala2 telenovela hehe...

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...