Assignments+Test+Busy+Pressure+Low Connection+No points to write = Un-updated Blog
From the equation, we could derive that due to our personal business and internet connection problems among the admins so we don't have enough time to spend times on this blog. Even blog kitorang sendiri pun tak terupdated.
---Whatever... Thanks to Burn yang selalu rajin update.
Walaupun kita senyap kat blog tak semestinya senyap kat luar... Balik ke minggu-minggu dulu, ada lah segelintir member-member kita yang join 1-2 aktiviti sekitar UMP. Saja nak merapatkan ukhwah ngan warga UMP yang tak kenal lagi BCG. (Nak promote BCG tak semestinya kena adakan event/project, sometimes with just involved with Uni events are enough to promote ourselves, right?)
1) Lawatan ke PWTC (under PETAKOM)
Memang seronok. Member-member yang pergi seramai 10 orang, termasuk saya sendiri, Erin, Fida, Ira, Ada, Hazman, Hadi, Yamin, dan Fahmi. Dari situ, dapatlah kitorang kenal beberapa budak-budak course lain, senior-senior yang lain (yang sekepala je). Bukan senang nak luang masa sama-sama ngan member-member BCG (especially nak gabungkan boys and girls)
Rebut ang pow kat mall.
Maklumlah tengah dekat nak CNY, jadi adalah pertunjukan Tarian Singa, selain singa yang menari, ada la jugak tok misai yang bawa ang pow. Punya lah rakus sesetengah member kita, pakat-pakat berebut nak pegi dekat tok misai nak ang pow. Ingatkan dapat duit. Sekali si Hazman seorang je yang dapat. Bergaduh sekejap kat situ rebut ang pow. Alik-alik bila buka ang pow, buka dapat duit, tapi dapat tiket 4D!!! Muahahaha!!! Tiket loteri tu~
2) Dinner CNY di Mexican Garden
Rasa nyer bukan Dinner CNY, dah lebih macam Ladies Night! Sebab melainkan Iqbal@Papa, yang lain semuanya perempuan! Campur C11 dan C12. Aku, Azma, Ida, Hajar, Amy, Fida, Aini, Erin, Ada, Ira, termasuk lah late participant, Fas@Mama. Kui3! Saper suruh Iqbal dengan Fas lambat join, dapat title "Papa and Mama".
Sebelum pergi dinner, singgah Megamall. Enjoy2 kejap. Kitorang pergi bukan sahaja atas dasar nak makan, tapi sebagai menyokong member2 Chinese yang dah jadi AJK CNY. Kira support la ni~
Makan.Gambar.Makan.Gambar. Tu la kerja kitorang. Makanan malam tu di'serve' bergilir-gilir, dalam 5 kali. Asal sampai je makanan, tak sampai lebih kurang 5-10 minit, makanan dah selamat berada dalam perut. Punya lah kuat makan. Dah berlapar dari pagi semata-mata nak pergi dinner, dah sampai waktu makan, makan je la.
p/s: Sayang member-member Chinese BCG!!!
3) Autoshow (semalam jer)
Maybe ramai yang tak tahu, thanks to our honorable Petakom members, Ain yang sudi promote aktiviti Petakom untuk kitorang join. Baru semalam berlansung.
So, nak dipendekkan cerita... Ada dua games yang wajib untuk setiap fakulti, dan kedua-dua game tu semua diwakili oleh BCG. Dengan ber'manager'kan si Erin, kami pun ber'Explorace' dan ber'Street Dice' against other faculties.
Explorace
Saper cakap perempuan tu kaum yang lemah? (Thila yang cakap!) Kitorang dapat no 3 wei! Mengalahkan pasukan-pasukan yang bercampur gender dan pasukan full dengan lelaki. Bukan senang nak kejar member-member kuat lari BCG (Thila, Hajar, Suet Lee), penat aku dengan Ira. Semput je berlari... (Oppps! Ader yang terase ke?)
Sepatutnya dapat no2, tapi atas dasar kehakiman (masa setiap check point dikira) jadi kitorang turun satu takhta. Tapi memang Encik Aziman patut berbangga~ (Huhuhu!) Bukan senang nak tengok budak yang selalu duduk bilik air-cond, depan laptop, dapat tukar tayar. Lebih kurang sama je masa yang kitorang nak tukar tayar dengan budak laki. Sebab teamwork tu ada... (Berpeluh-peluh mereka memusing spanar, ntah la pebenda yang kitorang pusingkan kitorang pun tak ingat)
Boleh dikatakan setiap check point, mesti penjaga check point akan tanya, "Boleh ke perempuan buat?"... Dah la kami 1Malaysia (campur bangsa) tak macam fakulti lain (semua Melayu je)... Akhirnya, hasil teamwork kitorang, berjaya gak dapat no 3...
Street Dice
Yang masuk semua nya yang kecik2 saiz badan (Azma, Ada, Fida)... Dapat no4, itu pun selepas penat mempertahan kan posisi dalam Dam Ular tu. Dah la panas, penat, dahaga, lapar. Semua ada. Kena jawab teka teki pulak~ Lagi la mendidih otak mereka. Tapi memang enjoy~ Sempat bergurau ngan AJK Autoshow, budak-budak fakulti lain.
Siap AJK Autoshow benarkan team fakulti kita bagi teka teki kat kumpulan lain! Ha! Ternganga nak jawab! (Soalan nyer, binatang ape yang terbang dalam laut?) Jawapan? Tanya budak2 BCG yang dah dengar teka teki tu~ Tak silap teka teki tu start dari si Nani.
Payung pun diorang kongsi sama-sama dengan fakulti lain. (Baik budak BCG ni~)
Penat memang penat. Tapi seronok dapat panaskan badan yang dah sedia panas dek matahari. (Kui3~)
==============
So far itulah yang member2 BCG join sepanjang semester ni, aktiviti2 yang bukan anjuran kita, bukan kita yang buat, tapi just nak tunjukkan kita ni pun sama jer dengan fakulti lain. Sama-sam belajar, sama-sama seronok~ Ada program-program Universiti anjuran kelab-kelab lain macam PETAKOM ke, kitorang boleh je join. Cuma kalau orang tak nak join, tak perlu nak paksa-paksa, nak pujuk rayu, mintak simpati sini sana. Kalau projek yang dianjurkan bagus di mata kitorang, mesti lah kitorang join. Kalau tak~ mesti ada yang tak kena. Betul tak???
p/s: Kadang-kadang, kita tak perlu projek yang besar-besar, anjuran yang besar-besar. Yang penting aktiviti tu kita boleh enjoy dan seronok sambil belajar. Kalau penganjur pun tak disenangi di kalangan budak2 BCG, macam mana kitorang nak join? Kan?
(Sori, gambar tak banyak. Sebab still dalam process mengumpul gambar)
1 comment
btol2..ak skong tu..
xsemestinye kite nk naekkn nme bcg ngan wat keje2 bert or yg sewktu dngn nye..
just join event faklty len pun leh pe..
cm street dice,slstu soaln diorg 'kos pe yg bru dlm FSKKP?'ha,kn da sme2 tlg nek kn nme kos kiter..
btol x??thanx penganjur..