Monday, March 8, 2010

I LOVE DURIAN

Inilah caraku meluahkan rasa cinta kepada buah-buahan tempatan, terutamanya DURIAN. Diceritakan kisah durian ini oleh bebudak BCG. Di suatu petang yang hening, setelah pulang daripada pasar malam Gambang.....

**3 bijik mana cukup!
Dua sahabat, Hazman & Fahmi membelanja peminat setia durian, Erin seplastik durian segar terbaik dari pasar malam.

**setiap ulas amat bermakna
Durian yang enak lagi lazat diratah hidup-hidup sebaik sahaja sampai di blok asrama. Ia dikupas dengan kudrat 4 kerat Erin & sahabatnya, Chipo. Mereka bersatu melicinkan tiap-tiap ulas durian sehingga licin bijinya.

**manisnya Erin..
Wajah Erin riang-ria dan ceria selepas dapat melepaskan gian yang selama ini terpendam di lubuk hati dan tekak sehingga tidak menghiraukan hari sudah melabuhkan tirai malam.

**saat bahagia Fasha Sanda
Keesokkannya, baki durian yang ada dikongsi bersama rakan-rakan setelah pulang dari kuliah. Betapa indahnya sebijik durian, bukan sahaja sedap untuk dinikmati malahan merapatkan ukhwah sesama rakan sekuliah. Itulah yang disebut sebagai "sharing is caring".

**Fidaf (bukan nama sebenar)
Walau bagaimana pun, ada segelintir manusia mengherdik kewujudan durian. Mengapa?Apakah salah ia?! Haa.. itu yang kita tidak tahu. Ia terus menjadi misteri hingga kini. Wallahualam.

**********************************************************
Jutaan mekaseh kepada En Aziman yang sudi menaja buah durian ketika makan-makan kat kabin hari tu. Terharu yang amat sangat..^^

**comel-comel durian, comel En Aziman lagi (ayat bodek huahua..)

**say cheese & give peace to durian

2 comments

March 8, 2010 at 10:07 AM

asl lak 'manisnye erin??
xmanis langsung kot..
haha..

March 8, 2010 at 5:23 PM

Kita pi makan kat kebun pulak lps ni.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...